Sunday 11 February 2018

Degree : The End

Assalamualaikum & hye!

ok kali ni rajin sikit nak menaip kat blog.
Al maklum lah, dah jadi penganggur terhormat,
pastu takde keje nak buat, so menaip jela.

7 February yang lalu
genaplah umur aku 27 tahun 
dan
pada hari yang sama juga result final keluar.
Alhamdulillah semuanya lulus 

Jadi,
dengan ini aku mengisytiharkan 'MERDEKA"
untuk diri sendiri..heheh.
Dah boleh buang title "pelajar" buat sementara ni 
(insyaALLAH pegang balik title tu time nak sambung Master & PhD)


Syukur, Alhamdulillah

macam tak sangka dah habis degree.
Masih teringat lagi time mula-mula masuk degree
time tu semangat tak kuat, hari-hari nangis
rasa nak berhenti.
Mak aku adalah orang yang selalu dengar aku mengadu pasal degree.

Walaupun pada mulanya rasa nak give up
tapi aku cari balik kekuatan untuk teruskan degree.
Aku nak capai cita-cita dan impian keluarga aku yang nak tengok aku berjaya

Perjalanan nak dapatkan degree ni tak semudah masa belajar diploma dulu.
Jujur aku cakap, banyak tekanan dan dugaan yang aku alami
tapi Alhamdulillah, aku berjaya menempuhi semua itu,
yang penting hati kena kental.

Terima kasih kepada mak & ayah yang selalu doakan kakak,
bagi sokongan tanpa jemu dekat kakak

Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu 
memberikan ilmu & sokongan kepada saya

Terima kasih kepada kawan-kawan yang selalu bagi kata semangat untuk aku terus berusaha mendapatkan degree.. (especially untuk manusia-manusia yang bagi ayat motivasi ni, tq korang!)

Terima kasih yang tak terhingga la kepada semua
yang mendoakan & memberikan sokongan.

So,
sekarang ni fasa mencari kerja.
Ada sesiapa yang sudi nak kasi aku kerja?hehe

Doakan proses mencari kerja berjalan lancar
ni dah masuk fasa nak tolong mak ayah yang dulunya bersusah payah jaga makan pakai aku
Doakan juga dipermudahkan urusan nak tolong mak ayah ye :)

Ermmmm,
ada juga yang tanya
tak nak sambung Master ke?
sapa tak nak sambung kan? mesti la nak!

InsyaALLAH,
maybe akan sambung lepas 3-4 tahun kerja.
Doa-doakan ye.

AMIN :)








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...