Thursday 25 June 2015

Special Entry

Entry ini khas buat mereka.

Mereka yang sentiasa di sisi waktu susah dan senang aku.
Mereka yang sentiasa ada di waktu-waktu sukar aku.
Mereka yang sentiasa ikhlas berkawan dan berkongsi rasa dengan aku.
Mereka yang sentiasa memberi sokongan di kala aku jatuh.
Mereka yang sentiasa menceriakan hari-hari suram aku.

Manakan boleh dilupa kenangan yang telah dilakar bersama
Ketawa dan menangis bersama
Kasih dan sayang yang telah terjalin antara kita tak akan terhapus begitu sahaja

Terima kasih ALLAH atas cinta, kasih & sayang ini,
Terima kasih ALLAH kerana 'menghadiahkan' mereka kepada aku.
Terima kasih ALLAH kerana 'menghadirkan' mereka di kala aku mencari teman sejati.
Terima kasih ALLAH di atas persahabatan ini,
semoga persahabatan ini terjalin kekal abadi buat selamanya

dan kepada mereka ini


Terima kasih kalian kerana ada dalam sebahagian dalam diri ini 
dan menjadi salah satu perkara terindah hidup ini.
Sekali lagi
Terima kasih sahabat!

dan buat diri kalian
anda tahu siapa diri anda ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...