Saturday, 2 May 2015

Penang Hop on Hop Off

Assalamualaikum & hye!
nak hupdate cerita super basi lagi..ekekekeke..

baru-baru nie aku & classmate aku teringin benau nak naik
bas Penang Hop On Hop Off (HOHO) nie

*orang lain dah berkurun naik kami baru terhegeh-hegeh nak naik*
tak kesahlah...janji lepas hajat nak naik

time kitaorang sampai tue dah pukul 6 petang
kira last trip jugalah nie
abang jual tiket tue siap buat pesanan penaja
"last trip nie tak sempat la nak jelajah banyak tempat..takpe ke?"
aku & classmate aku nie iyekan aje..
takkan lah nak datang esok pulak kan..

so kitaorang pun naik & pilih seat cepat-cepat
*padahal tak orang ramai pun..mehmehmeh*

~me, eyna & yana~

basnya rupa cenggini yer


ha nampak tak??
dahlah macam bas double decker kat London sana tue dik non oii
excitednyer dapat naik bas nie tak yah cakap la kan

kitaorang pilih untuk amik beach tour
sebab tak koser kitaorang nak tabahkan hati 
nak nengok jem ajer
kalau pilih city tour
sepanjang perjalanan dapatla
cuci-cuci mata tengok laut

beach tour nie mula dari Gurney Drive
sampaila ke Taman Negara Teluk Bahang
dan akan patah balik semula ke Gurney Drive

best memang best..
serius berbaloi-baloi

tambahan pulak tiket dia valid untuk 24jam 
dari masa kita beli tue
24 JAM wei!
agak-agak rinie dah naik beach tour
esok boleh sambung naik city tour pula
ke nak sambung naik beach tour pun boleh

harga dia
rm 19 untuk warganegara Malaysia (dewasa)
kanak-kanak aku tak sure lah pulak
dan amik masa dalam 2jam perjalanan pergi dan balik

sape yang tak penah try lagi tue bolehla try naik!

kbye :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...