Sunday 26 October 2014

Ayat Motivasi

Semenjak dua menjak nie aku suka sangat rasa down
cepat benau rasa stress, nak nangis, sensitip

pastue mula la keluar ayat merapu
"aku nak benti belajar lah"
=_=

perjuangan baru nak bermula, aku dah nak mengalah
baru sem satu wei.

so bila aku down
aku pun mengadu dekat best friends aku

dan
aku dapat ayat motivasi macam nie (sebab panjang aku ringkaskan jela ye)

A: Degree nie mana ada bahagia mana pun tapi kenala kuat sikit.
Memang hati jiwa raga kena kuat. Itulah kuncinya. 

B: Setiap permulaan pasti ada kesusahan. Belajar nie kan satu jihad. InsyaAllah, Allah akan  memudahkan bagi setiap hamba-NYA.  Kenapa Allah saja nak bagi kita rasa susah pada   mulanya? Sebabnya DIA nak kita rasa kemanisan di penghujungnya nanti. Enjoy every moment time belajar nie.

C: Belajar untuk dapat ilmu. Untuk dapat redha Allah, yang penting usaha, doa & tawakkal. Memang sekarang rasa stress, percayalah nanti bila kerja akan rindu zaman study

lepas fikir dan hadam balik kata-kata diaorang nie
barula aku sedar diri dan baru rasa diri nie bemotivasi sikit.

ala
baru sem satu kan?
chill lah
*kata-kata semangat untuk diri sendiri* Kunun...hahaha

kepada anda yang sentiasa memotivasikan aku
thanks ya :)

so sekarang dah tak mau stress-stress

Figthing!!!




Saturday 4 October 2014

Kem Pewaris Muda

*Cerita Basi*

sebenarnya nie cerita minggu lepas..
tapi disebabkan kekangan masa dan aku macam
tak berapa nak ada idea nak ketuk keyboard nie
makanya terperam ajerla cerita nie..
so rinie aku macam rajin sikit nak ketuk keyboard & share story mory pasal
Kem Pewaris Muda yang aku & classmate aku join last week.

rabu lepas aku dapat SMS dari En. Hafiz (HEP Kolej) suruh join
kem nie & minta tolong aku bagitau geng-geng yang lain pasal kem nie.

lepas tolak tambah bahagi campur..
bertolak lah kami ber 12 ( 4 lelaki & 8 perempuan)
ke Kem Pewaris Muda anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang
 di Homestay Kampung Ujung Bukit, Perlis.


~sempat ber-group-fie sebelum bertolak ke Perlis..
tengok sporting gila HEP kitaorang~

kitaorang gerak dari Penang dalam pukul 8 lebih
tapi sebelum tue sempat amik peserta lain dari Institut Pendidikan Guru (IPG)
lepas tue kitaorang teruskan perjalanan ke Perlis..

selamat tiba di Perlis lebih kurang pukul 1 lebih


mula-mula sampai memang super duper excited 
sebab suasana tempat nie sangat best!
tambah-tambah untuk korang yang jarang masuk kampung or yang takde kampung
korang bolehla datang stay semalam dua kat sini
kalau nak rasa duduk kat kampung macam mana.

lepas makan, daftar semua kitaorang dah ada aktiviti
aku lupa nama slot nie tapi
kitaorang gi pusing-pusing kampung dan bawak barang untuk di sumbangkan kepada
 orang kampung khas dari pihak Jabatan Penerangan Pulau Pinang
untuk orang-orang yang kurang berkemampuan.

~peace~


dah agak petang sikit
kitaorang dah gerak balik ke homestay masing-masing
tapi sebelum tue diaorg sempat jalan-jalan kat atas batas bendang tue


budak-budak nie rajin gila join
aku & adalah dua tiga orang yang tak join
sebab takut jatuh dalam bendang tue..haha

malamnya kami berkumpul dan buat pembahagian kumpulan

dan 
nie adalah kumpulan aku


Dextrous
tue nama kumpulan aku
hasil cetusan idea si Mardhiah budak kumpulan aku..

time niela nak berkenalan, nak bermesra dengan ahli group masing-masing.
hari pertama sopan santun lagila..
masuk hari kedua & ketiga semua dah tunjuk kepala gila-gila..

hari keduanya pula kami memulakan dengan aktiviti senam seni


best wei!
macam korang menari
masalahnya cuma tangan aku keras & tak reti nak ikut step sangat
memang hancurla bila aku buat senam seni nie
hilang semua seni dalam senaman tue aku buat..
ada yang sempat aku ikut step
yang mana tak sempat tue aku main belasah je ikut step aku..hiks!

lepas buat senam seni
kitaorang beramai-ramai bergotong royong bersihkan kawasan sekitar kampung



aku rasa macam aku lagi banyak tangkap gambar
 daripada duk sapu sampah
pantang nampak kamera lepas semua batang penyapu
posing dulu depan kamera..kehkehkeh

abis je slot gotong royong tue
kami diserahkan kepada keluarga angkat kami mengikut group masing-masing..
group aku diserahkan kepada Pak Su.

Pak Su nie kira ayah angkat group kamila waktu kat sana


nie kami buat ramai kat rumah Pak Su..
Pak Su yang pakai baju kuning tue tau..

Alhamdulillah kunjungan kami disambut baik oleh seluruh keluarga Pak Su..
sempat berbual-bual & beramah mesra dengan beliau dan keluarga
sebelum memulakan acara "masuk bendang"

lepas je slot bersama keluarga angkat tue tamat
lebih kurang dalam pukul 5 kami semua
berkumpul depan bendang..

acara  nie yang paling excited sekali
acara masuk bendang..hehe

mula-mula bila fasi-fasi kitaorang suruh cuba naik
menda alah nie


aku & 2 3 orang kawan aku buat dunno jelah..
adalah orang lain try kan..tapi aku memang tak nak try
sebab bajet tak nak kotorkan baju..
yelah bawak baju datang kem bukannya banyak..
tapi 
tue perasaan sebelum masuk bendang lah eh..
lepas tue kawan aku si Choda nie ajak geng-geng kolej masuk bendang 
dan main bola dalam bendang tue..

bila fikir-fikir balik macam rugi je la kan kalau tak join..
bila lagi nak masuk bendang kan?

so
masuklah kami ke dalam bendang


nie muka tak ikhlas lagi eh...
lepas acara main bola bermula...
mulalah kami main sampai tak ingat dunia



time dah tak fikir baju kotor ke apa...
main belasah je..
fikir seronok jela kan


nie baru muka ikhlas masuk bendang ye ;)

lepas je acara main bola dalam bendang tue
ada pula acara tarik tali
acara nie pun kami join juga tau



memang enjoy habisla main game nie
time nie dah tak kira kalah menang
masing-masing enjoy je game yang ada..

abis je acara nie
kitaorang "bersiram" dengan bantuan abang bomba


time nie baru sedar diri serabai..
takpe lah yang penting semua have fun dalam bendang..
tuela antara slot yang paling tak boleh  lupa..

waktu malam pula
aktiviti diteruskan dengan slot membina 'hovercraft'


lepas buat 'hovercraft nie kami kena naik pula ye
untuk tengok sama ada 'hovercraft' yang di cipta nie berjaya menampung 
semua ahli kumpulan kami atau tidak
tapi kitaorang bukan naik 'hovercraft' yang kami bina
sebaliknya kami kena naik 'hovercraft' yang group lain buat..


nebes gila wei naik mende alah nie
nasib baik tak pecah!

abis je slot nie
sambung pula dengan slot game 'si buta'



game nie kitaorang kena kumpul sebanyak mana
 number atau point yang ada dekat evamat puzzle tue
tapi dengan syarat mata harusla ditutup..
dan group kitaorang menang untuk acara malam tue! *wink*

lepas semua game nie selesai
kami diarahkan untuk balik berehat untuk hari seterusnya.

untuk hari ketiga
kami memulakan dengan acara persembahan dari group masing-masing..
selesai ajer slot persembahan
acara penutupan majlis, penyampaian hadiah & sijil dijalankan

alhamdulillah..
group Dextrous tak pulang dengan tangan kosong
group kami menang group paling berdisiplin..hoyeah!



bergambar beramai-ramai sebelum meninggalkan Kampung Ujung Bukit 
dan penduduknya yang ramah tamah

oh!
sebelum gerak balik ke Penang
kami sempat singgah kat Padang Besar


buat ramai kat sini..
ada yang shopping dan ada yang sekadar cuci mata..
nie la port last kami semua berjumpa dan say bye-bye kat antara 
satu sama lain sebelum balik ke institut masing-masing


walaupun letih tapi masing-masing happy!
kami semua akan merindui Kampung Ujung Bukit
dan paling penting sekali semua kenangan kami
dengan pihak Jabatan Penerangan
akan sentiasa ada dalam ingatan kami semua! :)





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...