Saturday, 13 September 2014

Monkey Beach, Taman Negara Pulau Pinang

Assalamualaikum & hye!
lama gila tak ketuk keyboard 
*bajet busy* bhehehehe..

memandangkan hari rabu lepas baru je daftar degree
makanya HEP kitaorang adalah plan nak buat xtvt outdoor atau riadah 
untuk student degree yang baru masuk...
kiranya xtvt nie macam ala-ala orentasi untuk pelajar baru a.k.a pelajar degree
yang baru masuk mendaftarla..

tujuan program nie adalah untuk mengeratkan silaturahim antara kami
yelah, yang mana dulu tak berapa nak kenal
kita makin kenal antara satu sama lain, yang baru kenal kita saling kenal mengenalilah
*aku tak tau ayat aku betul ke tak..pepandailah korang paham :p *
pekehei panjang benor mukadimah aku nie.
ok sambung citer!

so, esoknya (khamis) kami (seramai 13 orang termasuk En.Hafiz, HEP kami) pun ready untuk 
ber-jungle trekking dekat Monkey Beach, Taman Negara Pulau Pinang.
waktu mula-mula samapai macam biasalah kena daftar, amik permit dan sebagainya.
lepas tue sempatla buat xtvt panaskan badan dan ada bacaan doa sebelum memulakan xtvt..

malas dah nak type panjang-panjang..aku letak gambar korang tengok jelah eh? 




niela track kitaorang otw nak ke Monkey Beach..
nie kira ok juga lah...ada yang agak susah sikit


best kan view nie?
tengah-tengah mengah meredah hutan nie tetiba dapat view macam nie
agak bestlah..

tak lama lepas tue kitaorang benti kejap
jangan tanya kat mana aku tak tau..haha


niela area kitaorang benti jap tue 


sambil-sambil tue sembang kejap dengan HEP kami
borak pasal akademik, kerjaya & macam-macam lagi..
tak leh borak lama-lama yer..perjalanan haruslah diteruskan :)


detik-detik bila dah nak sampai Monkey Beach *yaaay*
aku tak sempat snap banyak gamba dalam hutan sebab macam penat
dan rasa macam nak cepat sampai je
al maklumla bukan selalu duk berjungle trekking nie
kira aku bajet nak cepat sampai jela walaupun aku yang banyak
 benti je dalam hutan tue..ngeh..ngeh..ngeh

bila dah sampai sana (dekat pukul 1 lebih, kalau tak silap akulah)
kitaorang pun makan tengah hari sambil tue usha-usha pemandangan keliling tempat tue
sementara tunggu bot yang datang pukul 3 petang nanti

sempat ber-selfie & snap dua tiga keping gamba *ok tipu..banyak keping actually..hahha*


ehh kejap nak menyelit
nie kawan baru aku
yang belah kanan tue Kathy dan belah kiri tue Diana(panggil je D)
ada lagi sorang...namanya Safwan..tapi takde lak gambanya *sila redhalah ye kawan*

tepat pukul 3 bot kitaorang pun sampai
jadinya kami dah bole lambai-lambai dekat Monkey Beach nie


yaay! nak balik dah :)

alhamdulillah semuanya berjalan lancar sewaktu program berlangsung.
walaupun penat tapi kami enjoy!heeeeeee


p/s: belanja satu gamba kami sekelas

Jumaat, 12 September 2014












Thursday, 4 September 2014

20 Fact About Me

So semalam aku dah ditag untuk buat pasal
#20FactAboutMe
Disebabkan aku rajin dan takde nak buat apa-apa
makanya aku layan jelah tag nie eh :)


1. Nama aku Yasira Rusydinah Izni Binti Yahya. Kebanyakkan kawan-kawan dan kenalan aku panggil Syira atau pun Yas. Family aku panggil aku kakak, kak nini or Inie je. Rusydinah? takde sapa pun penah panggil aku Rusydinah. Korang nak try panggil tak? hehe

2. Aku anak sulung dari 2 orang adik beradik dan adik aku lelaki. Walaupun aku anak sulung tapi perangai aku tak macam anak sulung pun. *WINK*

3. Food lover

4. Seorang yang agak panas baran(tapi sedang berusaha untuk mengawalnya) , cepat marah tapi cepat sejuk. Kalau aku tengah angin sila jangan cakap dengan aku kalau tidak buruk padahnya. (kalau aku tengah angin konfem boleh perasan punyalah. Sesapa yang penah kena sembur tue aku minta maaf ok?)

5. Walaupun nampak macam hati kental, kasar dan ganas tapi sebenarnya aku sangat kuat merengek. Paling suka merengek dekat orang-orang yang aku sayang dan aku rapat. Merengek sampai orang tue rimas. Ha tue favourite akula..haha

6. Sangatlah tak boleh duduk jauh-jauh dengan family aku. Pernah sekali aku tumpang rumah sewa kawan aku dekat seminggu sebab nak exam sampai menangis-nangis rindu kat family aku terutama sekali rindu kat mak aku.

7. Sangatlah tak reti nak jaga barang elok-elok. Tak cermat jugalah gayanya.

8. Kalau dengan orang yang aku tak boleh ngam aku hanya akan duduk diam dan senyum je dengan orang tue tapi kalau dengan aku boleh ngam, aku akan jadi seorang yang sangat talkative.

9. Selalu digelar sebagai seorang yang sombong dan sangat garang walau hakikatnya tak pun (eh tak ke? haha. Silalah tanya mereka yang kenal aku). Ce kenal dulu baru tau aku camne.

10. Kalau dah sayang sorang tue sayang sangat-sangat sampai tak peduli dah apa orang kata buruk pasal dia.

11. Memilih untuk bekerja terlebih dahulu, kemudiannya baru sambung belajar dan aku tak penah menyesal buat keputusan nie. Walaupun ada juga orang selalu cakap dah tua baru nak sambung belajar tapi aku tak kesah pun. Better late than never kan?

12. Memasang angan-angan untuk memiliki kereta Range Rover atau pun Audi (bole ketaq kepala bila nampak kereta-kereta idaman nie kat jalan. Opppssss dah tercurang dengan Volvo!)

13. Kalau aku nak sesuatu tue aku akan berusaha sampai aku dapat tapi malangnya aku tak boleh apply cara macam tue apabila melibatkan hati dan perasaan :) *sila redha..hahaha*

14. Sangat over protective kalau melibatkan family dan orang yang aku sangat-sangat sayang. (Hanya mereka yang terpilih saje...hahahaha) 

15. Kalau mengadap assignment, aku suka pakai headfone sambil dengar lagu dan nyanyi kuat-kuat ikut sedap rasa aku, sampaikan mak aku terpaksa ketuk pintu bilik aku dan suruh aku nyanyi slow-slow. Mula perasan tabiat tue wujud bila stress nak buat assignment dan takde idea . *padahal suara sumbang mambang*

16. Suka protes bila kena paksa buat benda yang aku tak suka. (nie pun konfem akan terpancar kat wajah aku bila aku tengah protes)

17. Pengguna spec mata sejak berusia 13 tahun . Kalau spec aku jaga elok-elok sebab kalau spec takde kabur jelah pandangan mata aku.

18. Aku sangatlah tak pandai nak tunjukkan rasa kesian kat orang walhal dalam hati aku rasa macam tue. So memang akan nampak macam aku tak ambik kesah tapi sebenarnya aku sangat amik kesah cuma aku tak reti nak mengekspresikan rasa tue dekat orang.

19. Paling tak suka kalau kena pakai baju kurung, kalau pakai pun tue sebab terpaksa pakai mengikut acara majlis ataupun keadaan yang bersesuaian.

20. Walaupun aku sayang budak-budak tapi kalau datang angin tak betul aku, aku suka buli budak-budak sampai diaorang merajuk, menangis dan report kat mak ayah diaorang. Perangai nie memang aku tak bole nak ubah lagi, tak taulah akan datang nanti berubah kan..heeeeee


phewww...
settle juga akhirnya tag nie
kepada yang meng-tag, thank you ya :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...